BAHAYA GARAM MASAKAN

BAHAYA GARAM MASAKAN




bahaya garam masakan
Bahaya garam
Bila sebut pasal garam, ramai yang akan terbayang garam masakan didapur. Tanpa garam, apa jadi dengan masakan kita kan? Tapi bagaimana pula dengan kajian yang membuktikan garam ni penyebab beberapa penyakit berbahaya? Alamak!

Tidak dinafikan, garam masakan adalah penambah perisa untuk masakan. Garam juga mempunyai fungsi yang penting dalam badan kita, iaitu sebagai agen untuk menyeimbangkan cecair dalam tubuh terutamanya darah. Jadi apa bahayanya? Saya bukanlah doktor atau pengamal perubatan, namun apa yang saya kongsikan disini adalah dari apa yang saya belajar dari mereka yang berkecimpung dalam bidang kesihatan..juga dari pembacaan kajian2 yang telah dijalankan.

Garam masakan

Garam masakan secara saintifiknya dikenali sebagai NaCl atau Natrium Klorida. Garam masakan yang kita gunakan berasal dari air laut yang telah disejat dan dibersihkan. Proses inilah yang menyebabkan semua kandungan mineral berkhasiat yang diperlukan badan kita hilang. Yang tinggal hanyalah unsur natrium dan klorida yang menjadi punca kepada masalah kesihatan. 

Perasan tak kalau dulu jika ibu kita simpan garam dalam bekas, mesti ada air dalam bekas tu kan? Sebab garam sifatnya menyerap lembapan dari persekitaran. Tapi kenapa garam sekarang dah tak lembap? Sebab dapur kering ke? Hehe..

Sebenarnya untuk mengatasi masalah garam berair, garam sekarang telah dicampurkan dengan satu lagi bahan, iaitu Aluminium Hydroxida. Fungsinya adalah untuk menghalang pembentukan cecair garam tadi. Tahukah anda bahawa aluminium, iaitu bahan yang sama digunakan dalam deodorant terbukti antara penyebab utama penyakit alzheimer? Ini adalah fakta yang telah dibuktikan dengan kajian yang teliti ke atas pesakit2 alzheimer.

Pengambilan garam masakan secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, stroke dan kerosakan buah pinggang..dan INI ADALAH FAKTA.

Garam penyebab tekanan darah tinggi

Kandungan Natrium dalam garam sebenarnya sangat diperlukan oleh badan kita. Natrium akan bergerak keseluruh tubuh untuk menukar zat makanan lama kepada baru melalui sel darah. Jika badan kurang natrium, sel sel darah akan mengecil. Jika lebih, badan kita secara automatik akan menyingkirkan natrium berlebihan melalui proses perkumuhan. Namun buah pinggang kita hanya mampu memproses keluar 5 hingga 7 gram garam sehari je, dan selebihnya akan ditinggalkan dalam tubuh. Lama-kelamaan garam ini akan menjadi toksik dalam badan. Bagi menyingkirkan toksik ni, tubuh kita memerlukan air yang banyak dan akan meningkatkan kadar isipadu darah. Ini boleh mengakibatkan tekanan darah seseorang itu meningkat. Apabila tekanan darah meningkat, seseorang itu boleh mengalami masalah jantung.

Garam penyebab Osteoporosis

Jika kandungan garam dalam badan berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui proses perkumuhan seperti berpeluh. Malangnya dalam proses perkumuhan ni, bukan natrium saja yang disingkir, tapi badan juga akan kehilangan Kalsium kerana natrium hanya boleh disingkirkan bersama Kalsium. Apa akan jadi kalau badan kita kekurangan kalsium? Jawapannya adalah masalah kepadatan tulang yang berkurang, yang boleh menyebabkan osteoporosis!

Kaitan garam dengan Stroke dan Jantung

Kandungan garam yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan pembuluh darah kita jadi semakin lebar. Lebih teruk kalau pembuluh darah pecah, dan ini akan menyebabkan penyakit stroke.

Badan kita sememangnya dijadikan dengan keupayaan untuk memproses dan menyingkirkan garam yang berlebihan. Tetapi, kesan dari gaya hidup, cara pemakanan dan kekurangan daya imun, proses ini semakin lama semakin perlahan. Kandungan garam yang tinggi dalam darah juga akan menekan jantung untuk berkerja lebih kuat. Ini akan memdedahkan kita kepada risiko kanser.

Masalah kegemukan

Percaya atau tidak, garam juga menyumbang kepada masalah kegemukan? Ini kerana garam berlebihan akan buat anda haus dan meningkatkan pengambilan cecair terutamanya minuman manis. 

Kesan garam pada buah pinggang

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk menyaring, menyerap dan mengeluarkan urine dan zat beracun dalam badan. Kelebihan air dalam badan akan memaksa buah pinggang berkerja dengan lebih dari biasa. Dalam jangka masa yang panjang, ini mungkin akan merosakkan fungsi buah pinggang.

Garam penyebab Gout

Macamana pula kaitan garam dengan gout? Bila kita ambil makanan yang ada protein haiwan seperti ikan, protein yang tak dapat diurai oleh badan akan bertukar menjadi asid urik. Bila asid urik bertemu dengan lebihan natrium dari garam, akan terbentuklah hablur2 kristal yang tajam. Untuk mengelakkan hablur kristal dari melukakan pembuluh darah, badan kita bertindak meletakkannya ditempat paling jauh dari jantung...iaitu ibu jari kaki. Hablur inilah yang menyebabkan terjadinya qout. 


garam penyebab pelbagai penyakit
Masalah Gout
Selain itu, terdapat banyak lagi penyakit berbahaya yang didapati berpunca dari pengambilan garam yang berlebihan seperti asthma, diabetes, batu karang dan kanser perut. 

Jadi mama2 semua, apa alternatif yang anda ada untuk menggantikan garam? Jauhi anak dan keluarga anda dari punca penyakit ini.

Ingat! Jika proses ini tidak tertampung oleh badan orang dewasa, apatah lagi kesannya pada kanak2 dan bayi? Nak ke kalau masakan yang kita sediakan menjadi punca penyakit kepada anak2?

Jadi takkan nak masak tanpa garam?
Tip dibawah mungkin berguna untuk anda: 
  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.
  • BERALIH KEPADA GARAM SEMULAJADI YANG BEBAS BAHAN KIMIA, tapi ada ke?
Garam himalaya

GARAM HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang diperlukan dan terdapat dalam tubuh manusia.

Garam bukit ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di paya. Garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan natrium atau sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam biasa memudharatkan kesihatan apabila proses pembersihannya telah menyingkirkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang sepatutnya perlu bekerjasama dengan natrium. Selain itu beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh. Ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum (CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya.

Secara semulajadinya, garam bukit mampu menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia. Sebab itulah ia sangat diperlukan dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Badan kita perlukan garam, tapi bukannya garam biasa yang hanya mengandungi Natrium dan Klorida.

Fakta tentang garam yang kita patut tahu:
  • Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
  • Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
  • Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
  • Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
  • Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
  • Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).
  • Bersifat pengalir yang efisien
  • Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
  • Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
  • Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

PERSOALANNYA, MANA NAK DAPAT GARAM BUKIT/HIMALAYA NI?

Atas dasar bahaya garam dipasaran kepada kesihatan inilah yang membawa kepada penghasilan 2 produk dari Ana Edar iaitu Garam SOLE dan Garam Masakan Qaseh Kristal. Kedua2 produk ini masih mengekalkan 84 mineral yang terdapat dalam Garam bukit/Himalaya, tapi dalam bentuk yang mudah diterima oleh badan.

Garam SOLE

SOLE adalah sebatian pekat atau tepu air dari Kristal garam Himalaya. SOLE memudahkan kita mendapat kebaikan garam Himalaya melalui minuman sepanjang hari.

garam sole qaseh gold garam bukit garam gunung himalaya
Garam SOLE

Antara fungsi SOLE ialah: 
  • Paling berkesan dalam menstabilkan degupan jantung yang tidak teratur dan ia mampu mengimbangi tekanan darah.
  • Ia juga amat penting untuk mengimbangi paras keasidan yang berlebihan didalam sel2 tubuh badan terutamanya sel2 otak.
  • Sesungguhnya SOLE amat penting untuk mengimbangi tahap gula dalam darah – faktor penting bagi penghidap diabetis atau kencing manis.
  • Pengambilan SOLE juga mampu membantu badan untuk lebih mudah menyerap nutrient dan khasiat dalam Qaseh Gold.

Cara pengambilan SOLE sangat mudah, hanya campurkan 5ml SOLE kedalam 1.5 liter air masak untuk minuman sepanjang hari. Rasa air yang dicampurkan SOLE payau seakan2 air zam zam kerana kandungan mineral yang banyak. Tidak dinafikan yang air zam zam mempunyai kesemua mineral yang wujud di alam ini. Sekarang bila nak main bola atau futsal pun saya bancuh dan bawak air SOLE je untuk tenaga yang berpanjangan.

Garam Masakan

100% kristal garam dari Himalaya yang tidak melalui proses pelunturan. 
Berfungsi untuk: 
  • Menambah perasa dan keenakan dalam masakan
  • Melambatkan proses degradasi (kerosakan) supaya makanan tidak cepat basi
  • Menambah mineral dalam makanan anda
  • Menstabilkan tekanan darah
Garam masakan qaseh kristal garam bukit garam gunung himalaya
Garam masakan Qaseh Kristal


Saya dan keluarga pun dah bertukar kepada garam Qaseh ni. Bukannya mahal pun, lagipun satu bekas ni boleh tahan hingga 3-4 bulan. 
Yang penting, keluarga tak terdedah pada PUNCA PENYAKIT!



Berminat sila Whatsapp/sms 012-2230462(Ain)

www.facebook.com/qaseh

No comments:

Post a Comment